Wednesday, June 03, 2020

PERSIAPAN MENDAKI GUNUNG KINABALU 4,095.2M




GUNUNG KINABALU 4,095.2 Meter adalah gunung tertinggi yang paling selamat untuk didaki di Asia Tenggara. Namun perlu diperhalusi beberapa persiapan berikut sebelum meneroka alam tersebut

1. Umur & Ketahanan Fizikal
-tiada had umur, yang penting anda sihat "FIT TO CLIMB"

2. Persiapan alatan
-bawa peralatan yang sesuai dan mencukupi

3. Latihan kecergasan
-latihan mendaki bukit dibuat 1-2 bulan sebelum mendaki gunung


4. Pemeriksaan Kesihatan

-Dapatkan nasihat kesihat daripada doktor tentang jantung dan tubuh badan anda

5. Tempahan Mendaki dengan pihak berkuasa tempatan
-Tempahan boleh dibuat di Laban Rata

6. Tempahan Penerbangan & Hotel Sabah
-Lebih awal tempahan dibuat harga tiket kapal terbang lebih murah
-Hotel terdekat di Mesilau, Sabah.

7. Pemilihan Tarikh 
-Elakkan bulan Januari & November sebab ada Monsun

Bacaan seterusnya : 7 Puncak Pendakian Wajib di Malaysia


Rujukan:

https://www.lonelyplanet.com/thorntree/forums/asia-south-east-asia-islands-peninsula/malaysia/mount-kinabalu-preparation-checklist-age-fitness-level-and-how-to-arrange-a-climb

Wednesday, February 29, 2012

KERJA SECARA BERPASUKAN



Pengurusan Sepadu Dalam Membentuk Semangat Kerja Berpasukan

Ada beberapa pemikir barat yang berusaha mengenepikan peranan kepemimpinan yang efektif dengan menggantikannnya dengan konsep kejurulatihan atau “The Coach”. Namun fakta dalam kehidupan bahawa manusia sesuai dengan sifat alamiah mereka yang memerlukan pemimpin yang berusaha mengenali, mengarahkan, serta mengatur urusan-urusan mereka, sesuai dengan pesan Nabi Muhammad SAW, “Apabila ada tiga orang, maka lantiklah dikalangan mereka seorang pemimpin” Itulah kepemimpinan yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

Allah berfirman melalui perkataan DzulQarnain: “… maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alatan).. Surah Al Kahfi:95

Hal ini jelas menunjukkan kerjasama kelompok amat diperlukan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Ia juga merupakan petunjuk Qurani yang mengarahkan manusia menggabungkan pelbagai usaha, tenaga, kemampuan dan kekuatan. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mampu membentuk kesepaduan antara semua unsur ini serta melatih bakat-bakat dan potensi secara manusiawi.

Kita harus berusaha melaksanakan kerja (‘amal) secara berpasukan walaupun pada sesuatu detik masa, kita mendapati hanya 5% daripada keseluruhan pasukan yang dibentuk benar-benar menyumbang manakala bakinya 95% hanya duduk bersahaja menjadi penonton. Namu begitu, semboyan pemimpin haruslah terus meniupkan “More we less me”…. bersambung

..........................................................................
Diadaptasi daripada tulisan Dr Tareq Suwaidan dalam buku berjudul “Melahirkan Pemimipin Masa Depan” (Shinaa’tul Qaid), 2005, Jakarta.

Wednesday, May 18, 2011

KEPIMPINAN KELAB DAN PERSATUAN

INTERLUDE: KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. 

Umpamanya, di dalam tugas-tugas merancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja bawahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan.

KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI & PERSATUAN





DEFINISI KOMUNIKASI


Mengikut Kamus Dewan (1992) Komunikasi didefinisikan sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Secara amnya komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej melalui simbol-simbol yang bermakna.



FUNGSI KOMUNIKASI DALAM PERSATUAN/ ORGANISASI

4 Fungsi utama :

1) Pengawalan
Proses komunikasi yang efektif dapat mengawal gelagat ahli dalam persatuan/ organisasi. Pentadbiran persatuan/ organisasi biasanya mempunyai hierarki kuasa atau autoriti dan garis panduan rasmi.

ORGANISASI & PEMBENTUKAN JAWATANKUASA

1.0 Pengenalan

ORGANISASI boleh ditakrifkan sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja bersama-sama secara berkordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau objektif.

Istilah pengorganisasian dapat ditakrifkan sebagai penyusunan sumber-sumber organisasi tersebut dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat dan objektif organisasi yang dirancang dapat dicapai.

Sunday, April 17, 2011

CSF SEMINAR; Senarai Semak Program


Faktor kejayaan Kritis (CSF) adalah istilah untuk suatu elemen yang diperlukan untuk suatu organisasi atau projek untuk mencapai misinya. Ini adalah faktor kritikal atau aktiviti yang diperlukan untuk memastikan kejayaan sebuah syarikat atau organisasi. Istilah ini pada asalnya digunakan dalam dunia analisis data, dan analisis usaha.


Sebagai contoh, CSF untuk suatu program seminar projek adalah penglibatan AJK dan kehadiran peserta. Faktor kejayaan yang penting adalah beberapa perkara yang harus berjalan dengan baik untuk memastikan kejayaan bagi seorang pengurus atau organisasi. Antara CSF lain adalah:

Sunday, March 13, 2011

Definisi Kelab dan Persatuan





Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.


rujukan: http://kpukk.blogspot.com/

club is an association of two or more people united by a common interest or goal. A service club, for example, exists for voluntary or charitable activities; there are clubs devoted to hobbies and sports, social activities clubs, political and religious clubs, and so forth


rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Club

Thursday, December 23, 2010

IDENTITI RUMAHTANGGA MUSLIM






Identiti Rumahtangga Muslim dapat dikenal melalui ciri-ciri berikut :

1. Rumahtangga yang berpendidikan Islam, teguh, tenang dan damai.

Para ahli yang senantiasa tadabbur Al Quran, mengkaji sunnah dan Seerah, serta mendalami isu semasa bertujuan mendidik dan membimbing ahli keluarganya ke arah mengenali Allah dan mengasihi RasulNya

2. Suasana semulajadinya sentiasa riang dan gembira.

Dalam rumahtangga Muslim ada gurau senda, dan saling sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Ahlinya sentiasa senyum pada saat-saat penuh kritikal, dan saling membantu. Kerana rumahtangga Muslim tersedia mekanisme yang memenuhi kehendak jasad, emosi, rohani dan intelek.

3. Rumahtangga yang sentiasa bersih dan selesa.

Perkara utama yang perlu diawasi ialah peredaran udara, pembersihan sampah, dan pembasmian binatang-bintang yang melata. Kaum wanita dibiasakan dengan kerja-kerja kebersihan rumahtangga terutama dalam makan dan minum, sesuai dengan fitrahnya

Monday, January 23, 2006

Jadilah Wanita Paling Bahagia



Janganlah Bersedih, Jadilah Wanita Paling Berbahagia by Dr Aidh Abdullah al Qarni, Al Hidayah Publication, 2006 Kuala Lumpur.


CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA SEORANG MUSLIMAH

Segala yang menimpa anda di saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa di atas izinNya. Sabda Rasul;


"Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya,
mengerjakan solat lima waktu, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan
memsuki syurga Tuhannya" (Riwayat Ahmad)

ANDA MEMPUNYA SEGUDANG NIKMAT

Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti akan ada senyuman.

Ketahuilah, bahawa engkau pasti diganjari pahala. Jika Engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menjadi pendokong Islam, penolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan didikan Rasulullah


ANDA MUNGKIN TERLUKA

Sesungguhnya ketenangan hati tidak dapat diraih, kecuali dengan pasrah terhadap
peristiwa yang paling buruk. Sekalipun terdapat ribuan manusia yang
menghancurkan kehidupan mereka dengan kemarahan yang membakar diri.



BUDI PEKERTI YANG BAIK ADALAH PERISAI HATI

Manusia adalah cermin bagi manusia yang lainnya. Jika seseorang berbudi pekerti baik, orang lain juga akan berlaku serupa. Maka hidupnya akan tenang dan hatinya tenteram.

Allah berfirman:

"Jadilah engkau pemaaf, serulah orang orang mengerjakan kebaikan dan
berpalinglah daripada orang-orang yang jahil" (al A'araf:199)


***************************************************

Price: RM 25.00 Hard Cover, 303 pages.
Payment option: Maybank2u, Transfer.
Delivery: Poslaju or Courier(Nationwide).
Delivery charges: RM 5.00 (Semenanjung) RM10.00 (S&Sarawak)
Bank : Maybank

Acc no : 1142-9918-5815
Name : Muhd Ridha Abd Ghani
Mobile : 019-2209672

***************************************************

Monday, January 16, 2006

Going Distance in Network Marketing

Learn the know-how and experience everlasting success in Network Marketing, 2004, by K. Sow, Selangor

life is basically about choices, whether we realize it or not. shall we work in goverment or jump to private?, shall we wear blue or white t-shirt?, shall we fill-up with Shell, or Petronas?

truly, we spend major portion of our everyday life working, and at the end, it directs our behaviour and make us happy or frustrated...

azan

to be continued...

PERSIAPAN MENDAKI GUNUNG KINABALU 4,095.2M

GUNUNG KINABALU 4,095.2 Meter adalah gunung tertinggi yang paling selamat untuk didaki di Asia Tenggara. Namun perlu diperhalusi beber...