Pengurusan Sepadu Dalam Membentuk Semangat Kerja Berpasukan
Allah berfirman melalui perkataan DzulQarnain: “… maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alatan).. Surah Al Kahfi:95
Hal ini jelas menunjukkan kerjasama kelompok amat diperlukan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Ia juga merupakan petunjuk Qurani yang mengarahkan manusia menggabungkan pelbagai usaha, tenaga, kemampuan dan kekuatan. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mampu membentuk kesepaduan antara semua unsur ini serta melatih bakat-bakat dan potensi secara manusiawi.
Kita harus berusaha melaksanakan kerja (‘amal) secara berpasukan walaupun pada sesuatu detik masa, kita mendapati hanya 5% daripada keseluruhan pasukan yang dibentuk benar-benar menyumbang manakala bakinya 95% hanya duduk bersahaja menjadi penonton. Namu begitu, semboyan pemimpin haruslah terus meniupkan “More we less me”…. bersambung
Diadaptasi daripada tulisan Dr Tareq Suwaidan dalam buku berjudul “Melahirkan Pemimipin Masa Depan” (Shinaa’tul Qaid), 2005, Jakarta .