Wednesday, February 29, 2012

KERJA SECARA BERPASUKAN



Pengurusan Sepadu Dalam Membentuk Semangat Kerja Berpasukan

Ada beberapa pemikir barat yang berusaha mengenepikan peranan kepemimpinan yang efektif dengan menggantikannnya dengan konsep kejurulatihan atau “The Coach”. Namun fakta dalam kehidupan bahawa manusia sesuai dengan sifat alamiah mereka yang memerlukan pemimpin yang berusaha mengenali, mengarahkan, serta mengatur urusan-urusan mereka, sesuai dengan pesan Nabi Muhammad SAW, “Apabila ada tiga orang, maka lantiklah dikalangan mereka seorang pemimpin” Itulah kepemimpinan yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

Allah berfirman melalui perkataan DzulQarnain: “… maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alatan).. Surah Al Kahfi:95

Hal ini jelas menunjukkan kerjasama kelompok amat diperlukan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Ia juga merupakan petunjuk Qurani yang mengarahkan manusia menggabungkan pelbagai usaha, tenaga, kemampuan dan kekuatan. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mampu membentuk kesepaduan antara semua unsur ini serta melatih bakat-bakat dan potensi secara manusiawi.

Kita harus berusaha melaksanakan kerja (‘amal) secara berpasukan walaupun pada sesuatu detik masa, kita mendapati hanya 5% daripada keseluruhan pasukan yang dibentuk benar-benar menyumbang manakala bakinya 95% hanya duduk bersahaja menjadi penonton. Namu begitu, semboyan pemimpin haruslah terus meniupkan “More we less me”…. bersambung

..........................................................................
Diadaptasi daripada tulisan Dr Tareq Suwaidan dalam buku berjudul “Melahirkan Pemimipin Masa Depan” (Shinaa’tul Qaid), 2005, Jakarta.

PERSIAPAN MENDAKI GUNUNG KINABALU 4,095.2M

GUNUNG KINABALU 4,095.2 Meter adalah gunung tertinggi yang paling selamat untuk didaki di Asia Tenggara. Namun perlu diperhalusi beber...