Wednesday, May 18, 2011

KEPIMPINAN KELAB DAN PERSATUAN

INTERLUDE: KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. 

Umpamanya, di dalam tugas-tugas merancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja bawahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan.

KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI & PERSATUAN





DEFINISI KOMUNIKASI


Mengikut Kamus Dewan (1992) Komunikasi didefinisikan sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Secara amnya komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej melalui simbol-simbol yang bermakna.



FUNGSI KOMUNIKASI DALAM PERSATUAN/ ORGANISASI

4 Fungsi utama :

1) Pengawalan
Proses komunikasi yang efektif dapat mengawal gelagat ahli dalam persatuan/ organisasi. Pentadbiran persatuan/ organisasi biasanya mempunyai hierarki kuasa atau autoriti dan garis panduan rasmi.

ORGANISASI & PEMBENTUKAN JAWATANKUASA

1.0 Pengenalan

ORGANISASI boleh ditakrifkan sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja bersama-sama secara berkordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau objektif.

Istilah pengorganisasian dapat ditakrifkan sebagai penyusunan sumber-sumber organisasi tersebut dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat dan objektif organisasi yang dirancang dapat dicapai.

Sunday, April 17, 2011

CSF SEMINAR; Senarai Semak Program


Faktor kejayaan Kritis (CSF) adalah istilah untuk suatu elemen yang diperlukan untuk suatu organisasi atau projek untuk mencapai misinya. Ini adalah faktor kritikal atau aktiviti yang diperlukan untuk memastikan kejayaan sebuah syarikat atau organisasi. Istilah ini pada asalnya digunakan dalam dunia analisis data, dan analisis usaha.


Sebagai contoh, CSF untuk suatu program seminar projek adalah penglibatan AJK dan kehadiran peserta. Faktor kejayaan yang penting adalah beberapa perkara yang harus berjalan dengan baik untuk memastikan kejayaan bagi seorang pengurus atau organisasi. Antara CSF lain adalah:

Sunday, March 13, 2011

Definisi Kelab dan Persatuan





Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.


rujukan: http://kpukk.blogspot.com/

club is an association of two or more people united by a common interest or goal. A service club, for example, exists for voluntary or charitable activities; there are clubs devoted to hobbies and sports, social activities clubs, political and religious clubs, and so forth


rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Club

PERSIAPAN MENDAKI GUNUNG KINABALU 4,095.2M

GUNUNG KINABALU 4,095.2 Meter adalah gunung tertinggi yang paling selamat untuk didaki di Asia Tenggara. Namun perlu diperhalusi beber...