Wednesday, May 18, 2011

KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI & PERSATUAN





DEFINISI KOMUNIKASI


Mengikut Kamus Dewan (1992) Komunikasi didefinisikan sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Secara amnya komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej melalui simbol-simbol yang bermakna.



FUNGSI KOMUNIKASI DALAM PERSATUAN/ ORGANISASI

4 Fungsi utama :

1) Pengawalan
Proses komunikasi yang efektif dapat mengawal gelagat ahli dalam persatuan/ organisasi. Pentadbiran persatuan/ organisasi biasanya mempunyai hierarki kuasa atau autoriti dan garis panduan rasmi.



2) Motivasi
Komunikasi mampu membangunkan motivasi dengan menerangkan kepada pekerja apa yang perlu dilakukan. Di mana, ia juga mendidik pekerja bagaimana sesuatu kerja itu dapat dilakukan dengan cemerlang.

3) Meluahkan Perasaan
Kebanyakan pekerja menganggap kumpulan kerja masing-masing adalah sumber utama kepada interaksi sosial. Dalam konteks ini, komunikasi memainkan peranan di dalam kumpulan sebagai saluran khas atau mekanisme yang dapat membantu ahlinya untuk menyatakan ketidakpuasan dan meluahkan isi hati terutama berkaitan dengan tugas yang dilakukan.

4) Penyampaian Maklumat
Komunikasi juga memainkan peranan terhadap pengaliran maklumat daripada satu pihak ke pihak yang lain.

No comments:

PERSIAPAN MENDAKI GUNUNG KINABALU 4,095.2M

GUNUNG KINABALU 4,095.2 Meter adalah gunung tertinggi yang paling selamat untuk didaki di Asia Tenggara. Namun perlu diperhalusi beber...