Sunday, April 17, 2011

CSF SEMINAR; Senarai Semak Program


Faktor kejayaan Kritis (CSF) adalah istilah untuk suatu elemen yang diperlukan untuk suatu organisasi atau projek untuk mencapai misinya. Ini adalah faktor kritikal atau aktiviti yang diperlukan untuk memastikan kejayaan sebuah syarikat atau organisasi. Istilah ini pada asalnya digunakan dalam dunia analisis data, dan analisis usaha.


Sebagai contoh, CSF untuk suatu program seminar projek adalah penglibatan AJK dan kehadiran peserta. Faktor kejayaan yang penting adalah beberapa perkara yang harus berjalan dengan baik untuk memastikan kejayaan bagi seorang pengurus atau organisasi. Antara CSF lain adalah:



1. Penceramah
Program seminar sangat bergantung kepada kredibiliti seorang penceramah. Lebih terkenal seseorang penceramah, maka kejayaan dan sambutan terhadap program tersebut semakin tinggi. Justeru, biodata, pengalaman dan kelayakan penceramah perlu diberi fokus dalam promosi kepada umum.


2. Tarikh, Masa, Tempat
Tarikh yang sesuai bagi umum melibatkan hari bekerja, bagi seminar yang mensasarakan penyertaan daripada jabatan kerajaan dan swasta. manakala, kebanyakan peserta pelajar lebih  cenderong menghadiri program di hari cuti mereka. Tempat yang baik dan selesa serta mudah dihubungi oleh jaringan pengangkutan awam juga memainkan perana penting dalam kejayaan sesuatu penganjuran program. Tempat yang menarik seperti lokasi berdekatan tempat pelancongan dan pusat membeli belah kadangkala menjadi daya tarikan yang kuat.




3. Logistik; termasuk penginapan peserta, bilik rehat penceramah dan pengangkutan. Pengangkutan menjadi faktor utama dalam memastikan penceramah dan juga peserta dapat sampai ke tempat program tepat pada masanya.


4. Peserta
Tidak syak lagi peserta adalah kunci kepada berjayanya suatu program. Terdapat teori pemasaran yang menggunakan kaedah 3 bat iaitu; sahabat, rakan sepejabat dan kaum kerabat sebagai prioriti dalam senarai jemputan. Selain itu, ada juga yang menggunakan pendekatan 30% kehadiran (pasti) dari jumlah keseluruhan jemputan yang dihantar.



No comments:

PERSIAPAN MENDAKI GUNUNG KINABALU 4,095.2M

GUNUNG KINABALU 4,095.2 Meter adalah gunung tertinggi yang paling selamat untuk didaki di Asia Tenggara. Namun perlu diperhalusi beber...