Thursday, December 23, 2010

IDENTITI RUMAHTANGGA MUSLIM






Identiti Rumahtangga Muslim dapat dikenal melalui ciri-ciri berikut :

1. Rumahtangga yang berpendidikan Islam, teguh, tenang dan damai.

Para ahli yang senantiasa tadabbur Al Quran, mengkaji sunnah dan Seerah, serta mendalami isu semasa bertujuan mendidik dan membimbing ahli keluarganya ke arah mengenali Allah dan mengasihi RasulNya

2. Suasana semulajadinya sentiasa riang dan gembira.

Dalam rumahtangga Muslim ada gurau senda, dan saling sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Ahlinya sentiasa senyum pada saat-saat penuh kritikal, dan saling membantu. Kerana rumahtangga Muslim tersedia mekanisme yang memenuhi kehendak jasad, emosi, rohani dan intelek.

3. Rumahtangga yang sentiasa bersih dan selesa.

Perkara utama yang perlu diawasi ialah peredaran udara, pembersihan sampah, dan pembasmian binatang-bintang yang melata. Kaum wanita dibiasakan dengan kerja-kerja kebersihan rumahtangga terutama dalam makan dan minum, sesuai dengan fitrahnya


4. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi perkara-perkara yang haram dan syubhat.

Keimanan dan ketaqwaan sebagai tunjang sebuah rumahtangga Muslim. Isteri senantiasa memohon restu suami dalam menasihati ketua agar supaya bekerja mencari rezeki yang halal dan menjauhi hasil yang haram walaupun terpaksa mengikat perut menahan lapar. Apatah lagi membebankan suami dengan permintaan untuk bermewah-mewahan yang tidak termampu hingga terpaksa berhutang

5. Ahli-ahlinya mendirikan Solat.

Orang-orang yang tidak mendirikan solat tidak dibenarkan tinggal dalam rumahtangga Muslim kecuali orang yang sedang haid dan nifas. Anak-anak dididik sejak kecil untuk menyembah hanya Allah SWT.


6. Memandang tinggi memuliakan dan menghormati agama dan peribadi Muslim.

Orang-orang yang menghina kewanitaannya samalah seperti orang lelaki yang menghina kelakiannya. Sesungguhnya wanita yang berpura-pura menjadi lelaki akan hilang kewanitaan, dan sebaliknya. Diantara contoh memuliakan agama adalah membebaskan diri daripada pengaruh asing sama ada dari segi fesyen pemakaian mahupun akhlak dan personaliti.


7. Ahlinya mempunyai kebijaksanaan mentadbir rumahtangga.

Sewajarnya seorang Muslim dan Muslimah mengetahui selok belok rumahtangga, termasuk ilmu jiwa, pertolongan cemas, dan jahitan. Pentabiran rumahtangga juga meliputi pengurusan kewangan dan isi rumah.


8. Pemilihan calon suami atau isteri berteraskan agama Islam.

Orang berilmu dan beragama adalah paling layak atau sekufu' dengan orang-orang seumpamnya demi menjaga keutuhan keluarga serta mengelakkan kepincangan antara suami dan isteri. Lelaki Islam dilarang berkahwin dengan pelacur atau perempuan jahat.


9. Da'wah terlaksana di dalamnya.

Antara ciri penting yang menjadi identiti rumahtangga Muslim ialah pelaksanaan kebaikan secara menyerlah serta pembanterasan kejahatan serta kezaliman dengan terancang oleh seluruh ahli keluarga tersebut. Ia boleh dilakukan melalui penulisan di blog, laman web ataupun didikan secara lansung bagi menghalang kefasikan dan syirik berlaku berterusan.

Andainya ciri-ciri tersebut di atas dapat diwujudkan dalam sesebuah rumahtangga bererti rumahtangga itu telah memberikan sahamnya atau telah memainkan peranannya dalam usaha membangunkan ummah seperti yang tersebut dalam Al-Quran :

Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah.
(Ali-Imran , 3:110)
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam), ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.
(Al-Baqarah , 2:143)

No comments:

PERSIAPAN MENDAKI GUNUNG KINABALU 4,095.2M

GUNUNG KINABALU 4,095.2 Meter adalah gunung tertinggi yang paling selamat untuk didaki di Asia Tenggara. Namun perlu diperhalusi beber...